Jabatan Kejuruteraan

Fungsi Utama
BAHAGIAN KAWALAN PEMBANGUNAN
- Memberi ulasan pelan Pembangunan
- Memberi ulasan sijil layak menduduki
- Melaksanakan Program Bandar Selamat
BAHAGIAN PENGURUSAN PENYELENGGARAAN KENDERAAN
- Menguruskan penyelenggaraan dan penggunaan kenderaan.
BAHAGIAN PENGURUSAN PROJEK/PENYELENGGARAAN
- Membaiki dan menyelenggara bangunan-bangunan dan harta Majlis.
- Menyelenggara jalan-jalan dalam kawasan operasi Majlis
- Menyelenggara kemudahan awam di kawasan Majlis
- Menguruskan projek-projek Majlis, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan
- Mengenal pasti projek-projek pembangunan
BAHAGIAN ELEKTRIK/MEKANIKAL PENEBANGAN POKOK
- Menguruskan pemasangan dan penyelenggaran lampu-lampu jalan dan hiasan
- Memproses kelulusan pelan telekomunikasi dan meng-uruskan bayaran yuran tahunan
- Membaiki dan men-yelenggara kenderaan-kenderaan Majlis
- Menebang dan mencantas pokok
Piagam Pelanggan(Jabatan Kejuruteraan)
Permohonan Kelulusan Sambungan / Ubah Suai Terbuka
Permohonan kelulusan sambungan dan ubah suai terbuka dan pengubahsuaian kecil akan diluluskan dalam tempoh tidak melebihi 7 hari berkerja dari tarikh surat permohonan diterima dengan syarat:-
- Dokumen dan pelan lakar dikemukakan lengkap.
- Bayaran telah dijelaskan.
- Segala kehendak seksyen 14(1) dan (2) Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 di penuhi.
Permohonan Kelulusan Sambungan / Ubah Suai Tertutup
Permohonan kelulusan sambungan dan ubah suai tertutup akan diluluskan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari dari tarikh surat pemohonan diterima dengan syarat:-
- Dokumen dan pelan dikemukakan oleh Pelukis Pelan Berdaftar.
- Bayaran telah dijelaskan.
Permohonan Kelulusan Pelan Setara
Permohonan Kelulusan Pelan Setara akan diluluskan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh surat permohonan diterima dengan syarat bayaran telah dijelaskan.
Permohonan Bagi Membaik Pulih Kerosakan Harta Majlis Daerah Lipis
- Aduan kerosakkan harta milik Majlis Daerah Lipis akan disiasat dalam tempoh 3 hari bekerja dan tindakan selanjutnya akan diambil mengikut keadaan dan keperluan semasa dalam tempoh tidak melebihi 3 bulan.
- Maklum balas aduan kepada pelanggan akan diberikan dalam tempoh 3 hari bekerja