Jabatan Khidmat Pengurusan

Fungsi Utama
BAHAGIAN PENTADBIRAN & SUMBER MANUSIA
- Mengurus pentadbiran Jabatan-Jabatan Majlis
- Melaksanakan tugas-tugas Pentadbiran Am dan pengurusan Sumber manusia (Lantikan & Persaraan)
- Mengendalikan Aduan Awam/ Pelanggan dan menguruskan Pusat Sejahtera Program Pembasmian Kemiskinan Bandar
- Menyelaras mesyuarat di peringkat Majlis, mengurusetia mesyuarat-mesyuarat berkaitan dan menyelaraskan kehadiran mesyuarat di peringkat daerah dan negeri.
- Menyelaras program bagi acara-acara sambutan dan perayaan
- Menguruskan Insuran Ahli majlis,kakitangan dan aset Majlis
- Mengurus keselamatan pejabat, peralatan dan harta Majlis
- Menguruskan kursus dan latihan kakitangan
BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
- Menyelenggara/meningkatkan peng-gunaan dan perkakasan komputer.
- Meningkatkan penggunaan dan membina sistem.
- Membina dan mengemaskini Laman Web serta menguruskan peng-hantaran dan penerimaan e-mail.
- Menyelenggara perjalanan Sistem Intergrasi Majlis.
- Menyelaraskan percetakan bil-bil hasil Majls.
- Mencetak backdrop untuk program rasmi.
- Menyediakan persembahan mulitmedia
BAHAGIAN PENGUATKUASAAN
- Menguatkuasakan Undang-Undang dan peraturan yang diguna pakai oleh Majlis Daerah Lipis
- Memberi bantuan dan sokongan kepada jabatan /bahagian lain dalam menguatkuasakan undang-undang Majlis
BAHAGIAN SEWA DEWAN PERALATAN & MAJLIS RASMI
- Menguruskan penyediaan peralatan untuk kelengkapan Majlis-Majlis Rasmi.
- Menguruskan penyewaan dewan dan peralatan untuk jabatan dan orang ramai.
- Menguruskan sewaan kenderaan
BAHAGIAN PELANCONGAN/ZOO LIPIS
- Menguruskan Pusat Pelancongan Lipis (TIC)
- Menguruskan haiwan yang berada dibawah jagaan Zoo Lipis
BAHAGIAN SEWAAN PREMIS
- Menguru skan sewaan premis
- Mengeluarkan notis untuk penyewa
- Menguruskan penyewaan/pajakan bangunan oleh Majlis
Piagam Pelanggan (Jabatan Khidmat Pengurusan)
Kami Komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda
Pengaduan Awam
Setiap aduan akan disiasat dan diambil tindakan dalam tempoh tidak melebihi 14 hari jika:-
- Nama dan alamat pengadu dicatat dengan jelas
- Jenis aduan jelas
- Tempat di mana berlaku masalah dinyatakan dengan jelas
Aduan diterima : 3 hari bekerja
Aduan di siasat : 7 hari bekerja
Aduan diberi maklumbalas : 4 hari bekerja
Perundangan
- Menjamin akan mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas masalah-masalah orang awam mengikut undang-undang yang diperuntukan dengan adil, saksama, tegas dan betul.
- Mengambil tindakan serta-merta terhadap kesalahan yang dilakukan dengan cara memberi amaran lisan, notis, kompaun dan sitaan/rampasan
Teknologi Maklumat
- Mengemaskini maklumat dalam laman web MDL sekurang-kurangnya 1 kali seminggu
- Paparan maklumat terkini dikeluarkan selama 1 minggu dari tarikh dipaparkan
- Memberi maklumbals email kepada pelanggan dalam tempoh 3 hari bekerja.
Sewaan Premis
- Memastikan semua kekosongan gerai diiklankan dalam tempoh 1 bulan.
- Tawaran sewaan dikeluarkan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh temuduga.
- Surat maklumbalas keputusan temuduga kepada calon yang tidak berjaya dikeluarkan dalam tempoh 1 bulan selepas tarikh temuduga.
Penguatkuasaan
- Semua aduan akan disiasat dan diambil tindakan dalam tempoh 3 hari bekerja
- Tindakan Undang-Undang yang dijalankan akan dipastikan adil,tegas dan berkesan
Sewaan Peralatan
- Permohonan akan dijawab dalam masa tidak melebihi 7 hari bekerja pada tarikh surat diterima
- Peralatan akan dibekalkan selewat-lewatnya 1 hari sebelum tarikh penggunaan dengan syarat bayaran telah dijelaskan
Pelancongan
- Membawa pelancongan melawat ke 14 buah bangunan bersejarah dalam tempoh 4 jam
Zoo
- Mengeluarkan tiket bayaran masuk kepada orang awam dalam tempoh 1 minit
- Memastikan haiwan diberi pemakanan secukupnya dan pemantauan kesihatan dibuata setiap hari