Pilih Saiz :Kecilkan Teks Set Semula Besarkan Teks   |   Pilih Warna : Set Semula  Tukar Teks Merah Tukar Teks Biru Tukar Teks Hijau    |   Latarbelakang : Tukar Latarbelakang Coklat Tukar Latarbelakang Hitam Tukar Latarbelakang Kelabu
 
border
  
banner
border
border

Homestay Kuala Medang

 

Kampung Kuala Medang merupakan salah satu kampung di Mukim Ulu Jelai dan terletak sejauh 51 kilometer dari bandar Kuala Lipis dan 56 kilometer dari bandar Raub.
 

Ia boleh dihubungi dengan jalinan jalanraya utama sama ada dari Kuala Lipis mahupun Raub.

Kuala Medang merupakan sebuah kampung tradisional yang terletak di kawasan pedalaman, jauh dari pusat bandar  di mana perjalanannya akan melalui sungai, jeram-jeram dan kehijauan pokok bakau.

Majoriti penduduk kampung bekerja sebagai petani dan mereka sangat mesra dan ramah.

Homestay Kuala Medang menawarkan tempat penginapan yang unik untuk para pelancong yang mengimpikan pengalaman yang berbeza.

Penginapan yang disediakan di sini adalah sangat selesa, murah dan lengkap dengan  pakej menarik.

Antara aktiviti yang ditawarkan seperti persembahan dan aktiviti kebudayaan masyarakat melayu dan orang asli, permainan tradisional, masakan tradisional dan kenduri.

 

Selain itu juga aktiviti berakit dan berkayak di Jeram Changkah Pasir dan Air Terjun Jeram Tema, demonstrasi membuat kraftangan, pengalaman hidup sebagai penoreh getah, penuai kelapa sawit dan relai padi, melawat kampung tradisi, meneroka gua, mempelajari permainan tradisional seperti gasing dan sebagainya.

Homestay Kuala Medang menawarkan pakej yang menarik dan lengkap untuk mempelajari budaya Melayu dan orang asli.

Homestay Kuala MedangHomestay Kuala Medang

Homestay Kuala MedangHomestay Kuala Medang

Homestay Kuala MedangHomestay Kuala Medang

Homestay Kuala MedangHomestay Kuala Medang

Homestay Kuala MedangHomestay Kuala Medang

Portal Rasmi Kerajaan Malaysia   Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia   Koridor Raya Multimedia   Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan   Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Pahang   1 Malaysia   MyID   Program Transformasi Kerajaan   Talent Corporation Malaysia Berhad   ksn
border
Hakcipta Terpelihara 2012 © Majlis Daerah Lipis.
Majlis Daerah Lipis, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur. TEL: 09-3121253 Fax: 09-3123523
Suapan RSS
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 X 768
 
border