MENU

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG DAN BENDERA NEGERI PAHANG SEMPENA SAMBUATAN BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2021.

 
 
Sempena sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini, bagi menyemarakkan semangat cintakan negara, Majlis Daerah Lipis menyeru semua Pejabat Kerajaan dan Swasta, premis perniagaan, Kilang, Hotel, Gerai, Rumah Persendirian, Perumahan Awam, Sekolah dan tempat- tempat Ibadat di Daerah Lipis untuk memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Pahang mulai 01 Ogos 2021 hingga 16 September 2021