MENU

PENUTUPAN SEPARUH JALAN SECARA BEPERINGKAT MULAI 21 APRIL 2019 (AHAD)

Untuk makluman Warga Lipis, Kerja-Kerja Menaiktaraf Lampu Isyarat Bandar Lipis kepada Jenis Bernombor akan bermula pada 21 April 2019 (Ahad). Kerja-kerja pengorekan bagi tapak (footing), sensor, laluan kabel seperti dikotak biru dalam gambar dijangka mengambil masa lebih kurang 1-2 minggu untuk diselesaikan.

Semasa kerja-kerja pengorekan dijalankan, separuh jalan tersebut akan ditutup secara bergilir dan berperingkat dan separuh lagi masih boleh dilalui.

Pihak Majlis yakin Warga Lipis akan "keep calm and cool" dan mematuhi arahan flag man/traffic controller semasa kerja-kerja dilaksanakan.

Semoga usaha ini akan menambahbaik imej Bandar Lipis!

Imej mungkin mengandungi: luaran