MENU
Yang DiPertua Majlis Daerah Lipis Dato Mohd Hafizi Bin Ibrahim melakukan satu kujungan hormat bersama Ketua Ahli Majlis YH. Dato' Haji Abu Jimi bin Samat dan Ahli Majlis Encik Mohd Farid bin Mohd Nor ke atas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato' Sri Dr. Hj. Ismail Bin Hj. Abd. Muttalib , Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I,Kementerian Pembangunan Luar Bandar, YB Dato' Sri Abdul Rahman Bin Mohamad dan Timbalan Menteri Kewangan II, YB Tuan Mohd Shahar Bin Abdullah,di Bangunan Parlimen hari ini
Kunjungan hormat ini bertujuan membincangkan perancangan pembangunan Daerah di Kuala Lipis antara perkara yang disentuh adalah mengenai pembangunan infrastruktur, ekonomi untuk kesejahteraan rakyat di Kuala Lipis dan perkara-perkara lain yang berkaitan.
Hadir sama adalah Penolong Jurutera Kanan Majlis Daerah Lipis Puan Saharini binti Omar dan Penolong Akauntan Majlis Daerah Lipis Puan Juliana binti Mat Intan
Majlis Daerah Lipis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih buat Timbalan-Timbalan Menteri yang sudi menerima kunjungan dari kami.