MENU

Jabatan Perancangan Pembangunan dan Landskap Majlis Daerah Lipis telah mengadakan  satu program yang melibatkan semua Jabatan dalam Majlis Daerah Lipis iaitu  Program Satu Kakitangan Satu Pokok .

Program  ini dijalankan mengikut kumpulan yang telah dibahagikan kepada 5 kumpulan mengikut hari dan lokasi  yang telah ditetapkan oleh urusetia .

Tujuan utama program adalah untuk  menggalakkan semua kakitangan Majlis Daerah Lipis melibatkan diri dalam aktiviti penanaman pokok dan menjaganya.

Secara tidak langsung ia dapat memupuk kesedaran warga Lipis  untuk menerima tanggungjawab menghijaukan Negara adalah tanggungjawab bersama.

Usaha ini juga akan dapat memupuk semangat perpaduan sesama setiap Jabatan dalam satu-satu organisasi.Paling utama,aktiviti ini dapat menggerakkan komuniti dan masyarakat dengan aktiviti melandskapkan Negara kearah menjadikan Negara kita Malaysia Negara Taman.

Minggu pertama  dimulakan dengan Perancangan landskap setiap kumpulan  dengan melihat kawasan yang telah diberikan kepada setiap kumpulan .