MENU

10 Disember 2019 (Selasa)

SESI TOWNHALL BERSAMA PENGUSAHA BURUNG WALIT DAERAH LIPIS TAHUN 2019

Pihak Majlis Daerah telah mengadakan Sesi Libat Urus atau "Townhall" bersama kira-kira 90 pengusaha burang walit Daerah Lipis di Dewan Residen pada 10 Disember 2019.

Menerusi sesi townhall ini, Pihak Majlis bersama-sama Jabatan Veterinar Negeri Pahang dan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis telah memberikan taklimat berkenaan dengan syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pengusaha. Turut diadakan sesi soal jawab dan bertukar pandangan antara kedua-dua pihak.

Antara syarat utama yang telah diberi penekanan oleh pihak Majlis antaranya seperti :

- Rakaman kicauan burung walit hanya boleh dimainkan daripada jam 7.00 pagi - 8.00 malam sahaja.
- Premis burung walit yang terletak dalam kawasan operasi majlis tidak boleh menggunakan kawat berduri di atas bumbung.
- Pembinaan jack roof/ rumah atas bumbung tidak dibenarkan bagi premis dalam kawasan operasi.
- Notis dan kompaun akan dikeluarkan kepada pengusaha yang gagal mematuhi syarat yang digariskan.

Antara yang turut hadir ialah YH Dato' Abu Jimi Bin Samat, Ketua Ahli Majlis, Encik Amir Syaffiq Bin Hamzah, Setiausaha mewakili Yang Dipertua Majlis, Ahli-Ahli Majlis Jawatankuasa Pelesenan, Ketua-Ketua Jabatan Majlis, danJawatankuasa Persatuan Penternak Burung Walit Daerah Lipis