Asrama Jururawat


Bangunan ini telah dibina pada tahun 1926. Sejak dari awal pembinaannya, asrama ini telah dijadikan tempat tinggal untuk jururawat dan jururawat pelatih di Hospital Lipis. Struktur asalnya tidak mempunyai pagar dan kawasan sekeliling bangunan adalah lapang. Kedudukannya yang berhampiran dengan bangunan Kelab Pahang (Pahang Club) serta fungsinya sebagai kediaman jururawat menjadikan bangunan ini tumpuan khasnya bagi golongan lelaki.
Pada zaman penjajahan Jepun, bangunan ini tidak diganggu kerana fungsinya sebagai sebahagian daripada komponen Hospital Lipis. Asrama ini telah menjalani beberapa perubahan melalui pengubahsuaian sehingga ke bentuk sekarang.