Pilih Saiz :Kecilkan Teks Set Semula Besarkan Teks   |   Pilih Warna Kontra : Kontra Biru Kontra Hitam Kontra Coklat Kontra Asal    |   Latarbelakang : Tukar Latarbelakang Coklat Tukar Latarbelakang Hitam Tukar Latarbelakang Kelabu
 
border
  
banner
border
border

Sekolah Menengah Clifford

Sekolah Menengah Clifford

Sekolah Menengah Clifford Sekolah Menengah Clifford Sekolah Menengah Clifford Sekolah Menengah Clifford

Sekolah Menengah Clifford pada mulanya dikenal sebagai Goverment English School dan dimulakan pada tahun 1913. Pada mulanya ia merupakan sebuah pondok kecil di tebing Sungai Jelai (Jalan Jelai sekarang) dan mempunyai 12 orang murid, semuanya lelaki. Pada tahun 1918, jumlah murid-murid telah bertambah hingga 200 orang dan sekolah ini terpaksa dipindahkan ke kawasannya sekarang.

Sekolah yang digunakan pada masa itu hanyalah bangunan-bangunan kayu dan memandangkan sekolah ini merupakan institusi pelajaran yang terbesar sekali di Negeri Pahang, bangunan-bangunan Malay Hostel (1926) dan bangunan induk berbentuk D (1929) telah dibina.

Perasmian sekolah ini telah dibuat dalam tahun 1929 oleh Sir Hugh Clifford, bekas British Resident Pahang. Pada tahun 1926, beliau telah menjadi Governor of The Straits Settlements dan High Commisioner of the Federated Malay States. Sekolah ini telah diabadikan dengan nama beliau selepas upacara itu.

Sekolah ini telah mencatatkan sejarah bagi sekolah yang pertama mengadakan School Certificate Class dalam tahun 1936. Penuntut yang menduduki peperiksaan School Certificate adalah seramai 11 orang dan 9 daripada mereka telah lulus dalam peperiksaan tersebut. Di samping kecemerlangan yang diperolehi di bidang akademik, sekolah ini juga mencapai kejayaan yang membanggakan di bidang sukan.

Di zaman pemerintahan Jepun, sekolah ini dijadikan markas tentera Jepun dan Ibu Pejabat Kempeitai. Sebuah bilik darjah dijadikan sebagai bilik tahanan. Sekolah Menengah Clifford menempa kemajuan dari zaman ke zaman dan telah melahirkan ramai penuntut yang memberi sumbangan kepada bangsa dan negara. Antara murid-murid terawal sekolah ini adalah KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustain Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Al Muadzam Shah dan Yang Berhormat Dato' Sri Tan Sri Dr. Mohd Ghazali bin Shafie.

Portal Rasmi Kerajaan Malaysia   Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia   Koridor Raya Multimedia   Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan   Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Pahang   1 Malaysia   MyID   Program Transformasi Kerajaan   Talent Corporation Malaysia Berhad   KSN
border
Hakcipta Terpelihara 2012 © Majlis Daerah Lipis.
Majlis Daerah Lipis, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur. TEL: 09-3121253 Fax: 09-3123523
Suapan RSS
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 X 768
 
border