Pilih Saiz :Kecilkan Teks Set Semula Besarkan Teks   |   Pilih Warna Kontra : Kontra Biru Kontra Hitam Kontra Coklat Kontra Asal    |   Latarbelakang : Tukar Latarbelakang Coklat Tukar Latarbelakang Hitam Tukar Latarbelakang Kelabu
 
border
  
banner
border
border

Istana Hinggap

Istana Hinggap

Istana Hinggap  Istana Hinggap

 

Istana Hinggap  Istana Hinggap

Bangunan ini asalnya merupakan kediaman untuk para Pegawai British. Pihak British mula mendirikan bangunan ini pada tahun 1926. Namun, apabila jawatan Menteri Besar diwujudkan pada tahun 1948, bangunan ini telah diindahkan dan dibaikpulih untuk dijadikan kediaman rasmi YAB Menteri Besar Pahang sehingga tahun 1955. Di bawah ini dinyatakan senarai Menteri Besar Pahang yang dipercayai pernah menetap di rumah ini :

Dato' Setia Wangsa Sir Mahmud bin Mat (MCS., OBE)
- 1 Februari 1948 hingga 1 Februari 1951

YAM. Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad Ibni Al Marhum Sultan Ahmad (CBE) - 1 Februari 1951 hingga 1 Februari 1955/
- 15 Jun 1955 hingga 8 Januari 1957

Orang Kaya Indera Shah Bandar Dato' Abdul Razak bin Dato' Hussien (MCS)
- 1 Februari 1955 hingga 15 Jun 1955

Dalam senarai di atas, Menteri Besar yang menduduki rumah tersebut hanya sehingga ke tahun 1955 sahaja. Ini berikutan dengan perpindahan Ibu Negeri Pahang dari Kuala Lipis ke Kuantan pada tahun tersebut.

Antara upacara bersejarah yang pernah berlangsung di istana ini ialah Majlis Perkahwinan KDYMM Sultan Pahang dan KDYMM Tengku Ampuan Hajah Afzan binti Tengku Mohamad pada 22 April 1954. Menurut beberapa orang Ketua Kampung yang kami temui, istana ini menjadi lambang Kedaulatan Raja dan Perpaduan Rakyat.

Portal Rasmi Kerajaan Malaysia   Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia   Koridor Raya Multimedia   Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan   Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Pahang   1 Malaysia   MyID   Program Transformasi Kerajaan   Talent Corporation Malaysia Berhad   KSN
border
Hakcipta Terpelihara 2012 © Majlis Daerah Lipis.
Majlis Daerah Lipis, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur. TEL: 09-3121253 Fax: 09-3123523
Suapan RSS
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 X 768
 
border