Pilih Saiz :Kecilkan Teks Set Semula Besarkan Teks   |   Pilih Warna Kontra : Kontra Biru Kontra Hitam Kontra Coklat Kontra Asal    |   Latarbelakang : Tukar Latarbelakang Coklat Tukar Latarbelakang Hitam Tukar Latarbelakang Kelabu
 
border
  
banner
border
border

Stesen Keretapi Kuala Lipis

Stesen Keretapi Kuala Lipis

Stesen Keretapi Kuala Lipis  Stesen Keretapi Kuala Lipis 

Stesen Keretapi Kuala Lipis  Stesen Keretapi Kuala Lipis

Perkhidmatan ini mula beroperasi pada tahun 1926, di mana sebagai permulaan ia hanya menghubungkan Kuala Lipis ke Johor Bharu di Selatan, Chegar Perah di Utara dan ke Tumpat, Kelantan.

Ia juga merupakan jalan darat yang pertama diperkenalkan di Kuala Lipis. Ketika zaman pendudukan Jepun dahulu, landasan keretapi tersebut digunakan sebagai laluan untuk mengangkut tentera Jepun ke Selatan untuk menawan Singapura. Selain ia penting sebagai pengangkutan utama penduduk setempat, sebahagian besar hasil-hasil ekonomi Daerah Lipis juga disalurkan melalui perkhidmatan ini misalnya emas dan bijih-bijih .

Perkhidmatan keretapi kini telah banyak berubah dari yang biasa hingga ke yang terbaik dan banyak memberi manfaat kepada penduduk setempat. Pada tahun 1985, perkhidmatan keretapi telah merayakan ulang tahunnya yang ke-100 tahun. Sebagai satu acara sambutan, sepasukan pegawai-pegawai tinggi KTM telah menaiki sebuah keretapi khas yang memulakan perjalanan daripada Selatan ke Pantai Timur iaitu Johor Bahru ke Tumpat, Kelantan. Kemudian, sebagai satu penghormatan kepada stesen keretapi yang terbesar dan bersejarah, rombongan tersebut telah singgah ke Stesen Keretapi Kuala Lipis. Perjalanan mereka melalui Gemas, Negeri Sembilan.


 

Portal Rasmi Kerajaan Malaysia   Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia   Koridor Raya Multimedia   Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan   Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Pahang   1 Malaysia   MyID   Program Transformasi Kerajaan   Talent Corporation Malaysia Berhad   KSN
border
Hakcipta Terpelihara 2012 © Majlis Daerah Lipis.
Majlis Daerah Lipis, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur. TEL: 09-3121253 Fax: 09-3123523
Suapan RSS
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 X 768
 
border