Pilih Saiz :Kecilkan Teks Set Semula Besarkan Teks   |   Pilih Warna Kontra : Kontra Biru Kontra Hitam Kontra Coklat Kontra Asal    |   Latarbelakang : Tukar Latarbelakang Coklat Tukar Latarbelakang Hitam Tukar Latarbelakang Kelabu
 
border
  
banner
border
border

Bangunan Malay Hostel JKR 156, Sekolah Menengah Clifford, Kuala Lipis

Bangunan Malay Hostel JKR 156, Sekolah Menengah Clifford, Kuala Lipis

Bangunan Malay Hostel JKR 156, Sekolah Menengah Clifford, Kuala Lipis  Bangunan Malay Hostel JKR 156, Sekolah Menengah Clifford, Kuala Lipis 

Bangunan Malay Hostel JKR 156, Sekolah Menengah Clifford, Kuala Lipis  Bangunan Malay Hostel JKR 156, Sekolah Menengah Clifford, Kuala Lipis

Tarikh siap terbinanya bangunan ini ialah pada tahun 1926, Ia merupakan bangunan yang terbesar dan tercantik di kawasan sekolah ini. Dengan terbinanya bangunan hostel ini, Sekolah Menengah Clifford ini dianggap sebagai sekolah berasrama penuh (Boarding School) di Kuala Lipis oleh penduduk di Pahang. Pelajar-pelajar yang memasuki sekolah ini merupakan pelajar terpilih yang datangnya dari merata-rata tempat di seluruh Negeri Pahang.

Semasa pendudukan Jepun, bangunan ini merupakan markas terbesar tentera Jepun untuk urusan pentadbiran mereka. Menurut satu sumber lain, Sekolah Semasa pendudukan Jepun, bangunan ini merupakan markas terbesar tentera Jepun untuk urusan pentadbiran mereka. Menurut satu sumber lain, Sekolah Clifford ini merupakan ‘head quarters' tentera Jepun dan merupakan tempat penyeksaan dan pembunuhan tahanannya. Menurut Dato' Setia, YH. Dato' Wan Abdul Rahman, tempat antara kantin dan dewan besar sekolah tersebut merupakan tempat Jepun memancung kepala pesalah. Banyak cara yang dilakukan oleh tentera Jepun untuk menyeksa orang. Contohnya merendam kepala mangsa dalam air sabun dan kemudian memijak perut mangsa hingga pecah. Ini semua disaksikan sendiri oleh YH. Dato' Setia. Sekolah ini sekarang merupakan antara sekolah yang popular di Negeri Pahang Darul Makmur.

 

Portal Rasmi Kerajaan Malaysia   Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia   Koridor Raya Multimedia   Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan   Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Pahang   1 Malaysia   MyID   Program Transformasi Kerajaan   Talent Corporation Malaysia Berhad   KSN
border
Hakcipta Terpelihara 2012 © Majlis Daerah Lipis.
Majlis Daerah Lipis, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur. TEL: 09-3121253 Fax: 09-3123523
Suapan RSS
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 X 768
 
border