Pilih Saiz :Kecilkan Teks Set Semula Besarkan Teks   |   Pilih Warna Kontra : Kontra Biru Kontra Hitam Kontra Coklat Kontra Asal    |   Latarbelakang : Tukar Latarbelakang Coklat Tukar Latarbelakang Hitam Tukar Latarbelakang Kelabu
 
border
  
banner
border
border

Masjid Negeri

Masjid Negeri

Masjid Negeri  Masjid Negeri  Masjid Negeri

Bangunan Masjid Negeri ini telah dibina pada tahun 1888 oleh seorang saudagar Arab Yaman yang bernama Habib Hassan. Beliau juga yang telah mewakafkan tanah untuk pembinaan masjid ini. Pada asalnya, atap masjid ini diperbuat daripada papan.

Masjid ini telah dijadikan Masjid Negeri Pahang kerana Kuala Lipis merupakan ibu negeri Pahang sebelum ia dipindahkan ke Kuantan. Imam pertama masjid ini bernama Imam Awang yang berasal daripada Indonesia manakala anak tempatan yang pertama menjadi imam masjid ini ialah Imam Kawi, iaitu imam kedua masjid ini. Pada masa tersebut, gaji para Imam dibayar dengan menggunakan wang hasil dari kutipan zakat. Imam pertama yang menerima gaji daripada kerajaan ialah Imam Salih bin Hussin.

Menurut cerita orang-orang tua, salah satu keistimewaan masjid ini ialah ia tidak pernah ditenggelami banjir walaupun Bandar Lipis telah beberapa kali dilanda banjir besar. Kedudukan masjid di tebing Sungai Jelai ini juga tidak menjejaskannya walaupun banjir melanda.

Antara pembesar yang pernah bersembahyang di sini ialah Dato' Abu Samah (Setiausaha Kerajaan Pahang), Tun Abdul Razak bin Tun Hussin (Menteri Besar Pahang) dan KDYMM Sultan Abu Bakar.

Portal Rasmi Kerajaan Malaysia   Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia   Koridor Raya Multimedia   Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan   Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Pahang   1 Malaysia   MyID   Program Transformasi Kerajaan   Talent Corporation Malaysia Berhad   KSN
border
Hakcipta Terpelihara 2012 © Majlis Daerah Lipis.
Majlis Daerah Lipis, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur. TEL: 09-3121253 Fax: 09-3123523
Suapan RSS
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 X 768
 
border