Pilih Saiz :Kecilkan Teks Set Semula Besarkan Teks   |   Pilih Warna Kontra : Kontra Biru Kontra Hitam Kontra Coklat Kontra Asal    |   Latarbelakang : Tukar Latarbelakang Coklat Tukar Latarbelakang Hitam Tukar Latarbelakang Kelabu
 
border
  
banner
border
border
LAMAN UTAMA » INFO LIPIS » Panduan Lipis » Tempat -Tempat Menarik » Bangunan Bersejarah » Bangunan Pentadbiran Daerah Lipis

Bangunan Pentadbiran Daerah Lipis
JKR 31A & 31B , Bukit Pejabat, Kuala Lipis

Bangunan Pentadbiran Daerah Lipis  

Bangunan Pentadbiran Daerah Lipis  Bangunan Pentadbiran Daerah Lipis  

Bangunan Pentadbiran Daerah Lipis  Bangunan Pentadbiran Daerah Lipis

Bangunan ini siap dibina pada tahun 1919 dan merupakan pusat pentadbiran utama bagi negeri Pahang Darul Makmur. Bangunan ini menempatkan Pejabat Residen British dan Pegawai-Pegawai Pentadbir bagi Negeri Pahang di tingkat atas. Manakala di tingkat bawah merupakan pejabat kutipan hasil dan perbendaharaan Kerajaan British. Lipis pada ketika itu adalah daerah yang terbesar di Negeri Pahang. Keluasannya adalah termasuk seluruh Daerah Jerantut sekarang dan merupakan satu daerah yang kaya dengan hasil-hasil emas, bijih, hasil-hasil hutan dan getah.

Dengan wujudnya jawatan Menteri Besar pada tahun 1952, Pejabat Menteri Besar Pahang dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang ditempatkan di bangunan ini. Di antara Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Pahang yang pernah berkhidmat di sini ialah Orang Kaya Shahbandar Pahang Dato' Abd. Razak bin Dato' Hussein dalam tahun 1952.

Apabila Ibu Negeri Pahang dipindahkan ke Kuantan pada 27 Ogos 1955 bekas pusat pentadbiran ini dijadikan Pejabat Daerah Lipis, sehinggalah sekarang.

Portal Rasmi Kerajaan Malaysia   Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia   Koridor Raya Multimedia   Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan   Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Pahang   1 Malaysia   MyID   Program Transformasi Kerajaan   Talent Corporation Malaysia Berhad   KSN
border
Hakcipta Terpelihara 2012 © Majlis Daerah Lipis.
Majlis Daerah Lipis, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur. TEL: 09-3121253 Fax: 09-3123523
Suapan RSS
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 X 768
 
border