Dilahirkan pada 17 Jun 1936 di Kampung Jeram Landak, Mela, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.
Menghasilkan tidak kurang daripada sembilan buah novel dan sebuah kumpulan cerpen yang kebanyakannya diterbitkan sekitar tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an.
Antara novel karya beliau: Desa Pingitan (1964), Embun dan Tanah (1965), Hilang (1966), Hujan Panas (1966), Patah Galah Haluan Perahu (1973), Tiba Masanya (1977) dan lain-lain lagi.