Dilahirkan di Berek Polis Kampung Awah, Temerloh, Pahang Darul Makmur kepada bapanya Tarudin bin Ismail, seorang anggota polis dan ibunya Siti Salmah Bachik, seorang suri rumah tangga.
Merupakan anak kelima dalam sekeluarga lapan adik-beradik, yang mana salah seorang daripada mereka meninggal dunia setelah beliau dilahirkan.
Memasuki Sekolah Tabika Perkep, Balai Polis Kampung Awah, Temerloh.
Darjah 1 - Darjah 6, memasuki SRJK Clifford, Kuala Lipis
Melanjutkan pelajaran ke SMK Clifford, Kuala Lipis (Tingkatan 1 - Tingkatan 5).
Sewaktu di sekolah, Siti sangat aktif dalam arena sukan.
Mengeluarkan album sulungnya iaitu bertajuk, "Siti Nurhaliza" pada tahun 1996 dan seterusnya beliau telah menjadi terkenal
Menamatkan zaman bujangnya bersama Dato' Seri Khalid Mohamad Jiwa atau dikenali sebagai Datuk K, seorang ahli perniagaan, pada 17 Julai 2006.