Latar Belakang Majlis
Majlis Daerah Lipis ditubuhkan pada 1 Mac 1982 hasil daripada percantuman beberapa buah penguasa tempatan iaitu Majlis Bandaran Kuala Lipis, Majlis Tempatan Benta, Jerkoh dan Penjom serta pekan-pekan kecil seperti Padang Tengku, Bukit Betong, Mela dan Merapoh.
Dari segi sejarahnya Majlis Bandaran Kuala Lipis pada mulanya beroperasi sebagai sebuah Lembaga Kesihatan atau ‘Sanitary Board’ sehingga tamat Perang Dunia Kedua. Selepas itu ia bergerak sebagai sebuah Lembaga Bandaran sehingga tahun 1959. Pada tahun 1959 telah diadakan Pilihanraya Kerajaan Tempatan untuk memilih Ahli Majlis bagi mentadbir Penguasa Tempatan ini sehinggalah penubuhan Majlis Daerah pada 1 Mac 1982.
Slogan Majlis Daerah Lipis ialah “Bersih” yang membawa maksud bersih dalam pengurusan pentadbiran, perkhidmatan, perancangan dan pembangunan.
”Organisasi Yang Bersih, Bandar Dan Persekitaran Yang Bersih, Masyarakat Yang Bersih”