MENU

107 PETAK LETAK KERETA BAHARU DIWUJUDKAN DI SEKITAR HOSPITAL KUALA LIPIS

SISTEMATIK, KEMAS, TERSUSUN - 3 ungkapan mudah untuk menggambarkan projek membina dan menambah tempat letak kenderaan di sekitar kawasan Hospital Kuala Lipis yang telah siap sepenuhnya dilaksanakan oleh Jabatan Kejuruteraan Majlis.

Jika dahulu kenderaan yang dapat meletak kenderaan di kawasan yang sebelum dinaiktaraf sekitar 40 buah sahaja, kini ianya mampu menampung sehingga 107 buah kenderaan.

Bayaran Parking?? Opps.. Kawasan sekitar Hospital ini merupakan antara 2 kawasan yang TIDAK DIKENAKAN bayaran parking/kupon selain kawasan parking dalam Pasar Bunga Cengkih. Ianya merupakan Corporate Social Responsibility (CSR) Majlis untuk warga Lipis memandangkan kedua-dua kawasan ini tumpuan ramai.

Semoga dengan penambahan ini, Warga Lipis terus selesa untuk mendapatkan perkhidmatan di Hospital yang termoden di sebelah Pahang Barat ini.

#Pahang1st
#MajuTerusPahang
#KualaLipisBandarWarisanSejarah
#LipisBersihHijauDamai