MENU

GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN SISA RUMAH TERBAKAR DI KG BARU BENTA

19 November 2019 (Selasa)

Majlis Daerah Lipis bersama-sama dengan rakan agensi PDT Lipis, JKR Daerah, SW Corp, Alam Flora Sdn Bhd, Rejimen Askar Melayu dan Askar Wataniah, IPD Lipis, Penghulu Mukim Budu, dan penduduk Kg Baru Benta berganding bahu membersihkan sisa 15 rumah yang terbakar di Kg Baru Benta.

Dilaksanakan secara 'Blue Ocean Strategy', ianya dimulakan pada jam 8.00 pagi dan akan diadakan selama 2 hari sehingga 20 November 2019.

Antara yang turut hadir YH Dato' Mohd Hafizi Bin Ibrahim, Pegawai Daerah Lipis, Encik A.Rauf Bin A.Samad, Ahli Majlis Kawasan Benta, dan Encik Amir Syaffiq Hamzah, Setiausaha Majlis Daerah.

Terima kasih pasukan Jabatan Kejuruteraan Majlis yang menyumbang tenaga membantu pada gotong royong ini.