MENU

Gotong royong gerak kerja rakan taman flat Tempoyang telah diadakan pada 13 ogos 2016. Gotong royong ini telah mendapat sambutan dari penduduk flat dan sokongan dari tuan Setiausaha Majlis Daerah Lipis. Jabatan yang turut serta adalah PPSPPA, Alam Flora, MDL dan wakil Jabatan Landskap Negara. Pada hari tersebut juga diadakan  kebun komuniti bagi penduduk flat supaya dapat memakan sendiri hasil tanaman mereka.