MENU

8 Mac setiap tahun telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai Hari Wanita Antarabangsa bagi menghargai peranan dan pengorbanan wanita serta mengiktiraf pencapaian wanita dalam pelbagai bidang termasuk sosial, ekonomi, politik dan kebudayaan. Hari ini diadakan aktiviti jom sihat bagi golongan wanita di Daerah Lipis bagi mengingati pentingnya kesihatan untuk wanita.