MENU

13 Mei 2019

Kempen Kebersihan dan Sesi Walkabout Bazar Ramadhan Daerah Lipis 2019M/1440H telah diadakan pada 13 Mei 2019 Jam 5.15 petang di Bazar Ramadhan Bandar Lipis.

Turut menyertai adalah YH Dato' Mohd Hafizi Bin Ibrahim, Yang Dipertua Majlis Daerah Lipis bersama-sama Tuan Setiausaha, Ahli- Ahli Majlis, Rakan Strategik Pengurusan Bazar Ramadhan Daerah Lipis iaitu SWCorp, Alam Flora, Pejabat Kesihatan Daerah, IPD Lipis, Pejabat Agama Islam Daerah Lipis, dan KPDNHEP Jerantut.

Sama-sama kita jaga kebersihan Bandar Kita.