MENU

10 Mei 2019 Majlis telah mengadakan Operasi Khas Premis Perniagaan Makanan Di Bandar Lipis bermula Jam 1030 malam sehingga 1.00 pagi.

9 buah premis telah diperiksa dan sebanyak 15 kompaun dan 1 Notis telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan antaranya seperti tiada kad pengendalian makanan dan lesen perniagaan tamat tempoh.

Operasi khas ini dijalankan oleh Jabatan Pelesenan bersama Unit Penguatkuasaan dan turut disertai oleh Yang Dipertua Majlis iaitu YH Dato' Mohd Hafizi bin Ibrahim dan Tuan Setiausaha.

Majlis menyeru pemilik-pemilik premis makanan untuk sentiasa mengutamakan aspek kebersihan dan mematuhi peraturan-peraturan dan syarat-syarat lesen yang telah digariskan.