MENU

07 Ogos 2019 (Rabu)
2130 hrs - 0030 hrs

Jabatan Pelesenan & Perkhidmatan Perbandaran dan Unit Kuatkuasa Majlis meneruskan Ops Patuh di Benta iaitu melibatkan premis kedai makan di RNR Benta dan disekitar Pekan Benta.

Sebanyak 14 buah premis diperiksa dan keseluruhan 16 kompaun dan notis telah dikeluarkan atas pelbagaj kesalahan seperti tiada lesen perniagaan, tiada kad suntikan kesihatan, dan tidak memakai apron, kasut dan penutup kepala. Operasi ini turut disertai oleh Tuan Setiausaha Majlis.

Ops Patuh ini akan diteruskan dari semasa ke semasa. Semua peniaga dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi syarat-syarat lesen yang telah digariskan.

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 13 Disember 2019 - 5:23pm