MENU

PEKERJA WARGA ASING WAJIB MENJALANKAN UJIAN SARINGAN COVID-19 ATAU SWAB TEST

Pemantauan penguatkuasaan Majlis Daerah Lipis dalam memastikan SOP sepanjang PKPB dipatuhi. Pemantauan pada 27 Mei 2020 masih ada peniaga yang tidak menjalankan ujian saringan COVID-19 atau swab test bagi pekerja Warga Asing.

WAJIB bagi pekerja warga asing di semua sektor menjalani ujian saringan COVID-19.

Sebagai langkah pencegahan, kerajaan mewajibkan semua pekerja warga asing di semua sektor sama ada pembinaan, perkilangan komersial, kedai makan dan sebagainya untuk membuat saringan kesihatan atau swab test

Ini sebagai langkah membendung penularan wabak COVID-19

Mana-mana premis yang dikesan tidak melaksanakan ujian saringan kesihatan atau swab test premis akan diarah tutup serta merta.

Perlu diingat Kerajaan memberi kelonggaran bagi memberi peluang kepada rakyat untuk bangkit kembali dan kelonggaran itu bukan alasan untuk tidak mematuhi arahan ditetapkan.

Patuhi SOP PKPB yang telah ditetapkan.