MENU
Majlis Daerah Lipis (MDL) menjalankan pemeriksaan lesen ke atas kilang yang beroperasi sekitar Daerah Lipis hari ini.
Pemeriksaan bertujuan bagi memastikan operasi kilang dijalankan secara sah dan mematuhi syarat-syarat lesen yang ditetapkan oleh MDL.
Hasil pemeriksaan, masih terdapat pengusaha yang tidak mempunyai lesen perniagaan
Kami mengingatkan kepada semua pengusaha untuk memohon lesen dan mematuhi syarat ditetapkan sebelum memulakan perniagaan.
Pihak MDL akan membuat pemantauan berterusan termasuk mengambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada terhadap pihak yang beroperasi tanpa lesen dan tidak mengikut syarat-syarat lesen yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa.