MENU

"Jangan pernah pandang rendah kepada anak-anak kita semua. Cari emas dalam diri mereka. ALLAH jadikan setiap manusia dengan sebaik-baik kejadian" - Pinjam kata-kata dari Ustaz Ebit Lew-

23 Februari 2020. 8.30 pagi bertempat di Dewan Residen Kuala Lipis. Program Kembara Intelek dan Sahsiah (Pro Kids) sepenuhnya dibawah bimbingan Ustaz Ebit Lew. Program ini adalah anjuran bersama Puspanita Daerah Lipis dan Majlis Daerah Lipis.

Program ini adalah untuk memberi motivasi kepada peserta bagi meningkatkan kecemerlangan diri peserta.
Disamping itu juga program ini dapat memberi input positif kepada peserta dalam menghadapi cabaran yang mendatang.

Seramai 248 orang menyertai program ini. Turut hadir memeriahkan program ini adalah YB. Dato Mustapa bin Long ADUN Padang Tengku bersama isteri dan Datin Norhasmani Binti Mamat Pengerusi Puspanita Daerah Lipis.