MENU

Pekeliling

Surat Pekeliling Pentadbiran Majlis Daerah Lipis : Bil.1/08

Penggunaan Kad Perakam Waktu Di Pejabat Majlis Daerah Lipis.

  • Semua pegawai dan kakitangan dikehendaki mengetik kad perakam waktu pagi semasa datang ke pejabat dan waktu balik dari pejabat pada sebelah petang. Kad perakam waktu hendaklah diketik oleh pegawai/kakitangan sendiri dan tidak dibenarkan seseorang pun mengetik kad perakam waktu orang lain.

  • Sebagai langkah untuk memastikan pegawai/kakitangan Majlis Daerah Lipis mematuhi arahan yang diberikan maka pentadbiran memutuskan tindakan seperti berikut :

    • Pegawai/kakitangan dikehendaki menulis buku kedatangan semasa datang ke pejabat di samping mengetik kad perakam waktu.

    • Jika pegawai/kakitangan datang lewat atau pulang cepat dan mendapat catatan merah pada kadnya tanpa alasan yang diterima oleh Pegawai atasan sebanyak 3 kali, ia akan diberi amaran keras dan kadnya ditukar kepada kad hijau.

    • Kad hijau bererti pemegangnya sudah menghadapi tindakan tatatertib pertama. Jika ia mendapat dua (2) catatan merah lagi tanpa alasan yang diterima oleh Pegawai Atasan, ia akan diberi amaran terakhir dan kadnya ditukar kepada kad merah. Jika tidak terdapat catatan merah pada kad hijau bagi tempoh masa sebulan dari tarikh mendapat catatan merah yang terakhir pada kad kuning atau kad hijau, kad hijau akan ditukar kepada kad kuning.

  • Disamping kawalan waktu kedatangan dan balik kerja, tuan/puan juga diingatkan tidak membuat urusan sendiri dalam waktu bekerja atau keluar minum untuk jangka waktu yang lama. Segala pergerakan keluar masuk tuan/puan hendaklah direkodkan dalam Buku Pergerakan Pegawai/Kakitangan serta dicatat pada ’white board’ pergerakkan keluar pegawai/kakitangan. Urusan-urusan peribadi dalam waktu pejabat perlu mendapat kebenaran daripada Pegawai Atasan.

  • Semua pegawai/kakitangan Majlis Daerah Lipis dikehendaki mematuhi arahan/peraturan yang ditetapkan bagi mengelakan sebarang tindakan tatatertib dikenakan ke atas tuan/puan serta menjaga imej Majlis Daerah Lipis dan meningkatkan kecekapan dan mutu perkhidmatan awam.

Panduan

Senarai Panduan yang digunakan oleh Majlis Daerah Lipis:-

  1. Garis Panduan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.

  2. Garis Panduan Jabatan Lanskap Negara Siri Jln/GP001/2001.

  3. Garis Panduan dan Piawaian Perancangan, Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa.

  4. Panduan Perbendaharaan dan Tatacara Pengurusan Stor.

  5. Panduan dan Tatacara Perolehan 1995.

  6. Kaedah-Kaedah Hiburan 1996.

  7. Penentuan Kerja Dalam Projek [Spesifikasi] Kerajaan Malaysia.

  8. Arahan Perbendaharaan.

  9. Kelulusan SIRIM.

  10. Arahan Perbendaharaan.

  11. Arahan Keselamatan.

  12. Arahan Perkhidmatan.

  13. Syarat - Syarat Lesen.

  14. Perjanjian Penyewa Gerai dan Pasar.

  15. Garis panduan/Piawaian Perancangan Tapak Pelupusan Sisa Toksid dan Sisa Pepejal

  16. Garis panduan/Piawaian Perancangan Pembangunan Sejagat

  17. Garis panduan/Piawaian Perancangan Kawasan Perindustrian

  18. Garis panduan/Piawaian Perancangan Perumahan Pekerja Kilang