Pilih Saiz :Kecilkan Teks Set Semula Besarkan Teks   |   Pilih Warna : Set Semula  Tukar Teks Merah Tukar Teks Biru Tukar Teks Hijau    |   Latarbelakang : Tukar Latarbelakang Coklat Tukar Latarbelakang Hitam Tukar Latarbelakang Kelabu
 
border
  
banner
border
border
LAMAN UTAMA » Soalan Lazim
Soalan Lazim
Umum
Umum
Q : Apakah itu cukai taksiran am?
A : Cukai Taksiran Am atau Cukai Pintu ialah cukai yang dikenakan keatas pegangan berkadar yang terletak di dalam Kawasan Operasi Majlis Daerah Lipis seperti : a. Bangunan Kediaman (Pangsapuri, Rumah Pangsa, Rumah Teres, Rumah Sesebuah, Banglo dan lain-lain) b. Bangunan Perniagaan/Perdagangan (Kedai, Rumah Kedai, Kedai Pejabat, Kompleks Perniagaan, Hotel dan lain-lain) c. Bengkel, Stesen Minyak dan Panggung Wayang d. Bangunan Perindustrian (Kilang, Gudang, Loji, Depo, Pencawang dan lain-lain)
Q : Apakah perbezaan antara Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran dengan Pihak Berkuasa Tempatan ?
A : Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negara ini dibahagikan kepada tiga kategori seperti berikut: 1. Majlis/Dewan Bandar Raya 2. Majlis Perbandaran 3. Majlis Daerah. Majlis/Dewan Bandar Raya ialah Majlis Perbandaran yang dinaikkan taraf bandar raya setelah memenuhi kriteria tertentu. Kriteria bagi Majlis/Dewan Bandar Raya ialah jumlah penduduk yang melebihi 1,000,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM20 juta. Majlis Perbandaran lebih tertumpu kepada bandar (urban) jika dibandingkan dengan Majlis Daerah dan mempunyai penduduk dan hasil yang melebihi Majlis Daerah. Kriteria bagi Majlis Perbandaran ialah jumlah penduduk yang melebihi 100,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM5 juta. Majlis Daerah lebih tertumpu kepada luar bandar (rural-based). Kriteria bagi Majlis Daerah ialah jumlah penduduk kurang daripada 100,000 orang dan hasil tahunan kurang daripada 5 juta.
Q : Berapakah bilangan PBT yang terdapat di Malaysia sekarang?
A : 145 buah PBT termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, iaitu Majlis Perbandaran M 31 buah Majlis Daerah MD 114 buah. Terdapat juga beberapa badan lain yang diberi kuasa oleh Kerajaan Negeri masing masing untuk melaksanakan fungsi fungsi PBT seperti PBT Kulim HiTech, PBT Pasir Gudang, Perbadanan Putrajaya dan sebagainya.
Q : Adakah kesemua PBT di Malaysia terletak di bawah bidang tugas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)?
A : Kesemua PBT terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri masing masing. Bidang tugas KPKT adalah untuk menyelaras PBT PBT tersebut dari segi penyeragaman dasar dan perundangan, memberi khidmat nasihat termasuk khidmat nasihat teknikal dan penyaluran peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.
Q : Bagaimana orang ramai boleh membuat aduan mengenai isu atau masalah yang dihadapi di dalam kawasan PBT?
A : Orang ramai boleh membuat aduan terus kepada PBT yang berkenaan ataupun kepada KPKT.


Tidak dapat menemukan jawapan ?    Kirim Pertanyaan
[1] [2]   selepas    terakhir  
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia   Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia   Koridor Raya Multimedia   Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan   Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Pahang   1 Malaysia   MyID   Program Transformasi Kerajaan   Talent Corporation Malaysia Berhad   ksn
border
Hakcipta Terpelihara 2012 © Majlis Daerah Lipis.
Majlis Daerah Lipis, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur. TEL: 09-3121253 Fax: 09-3123523
Suapan RSS
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 X 768
 
border