Pilih Saiz :Kecilkan Teks Set Semula Besarkan Teks   |   Pilih Warna Kontra : Kontra Biru Kontra Hitam Kontra Coklat Kontra Asal    |   Latarbelakang : Tukar Latarbelakang Coklat Tukar Latarbelakang Hitam Tukar Latarbelakang Kelabu
 
border
  
banner
border
border

Pejabat Pos (1910)

Pejabat Pos

Pejabat Pos Pejabat Pos Pejabat Pos Pejabat Pos

Pejabat Pos yang terletak di Jalan Besar ini telah dibina pada tahun 1910. Pada mulanya, perkhidmatan pos berada di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Bangunan ini telah dikongsi dengan Perkhidmatan Telegraf iaitu salah satu perkhidmatan Jabatan Telekom. Apabila Jabatan Telekom diswastakan sepenuhnya pada tahun 1989, perkhidmatan ini telah dipindahkan ke bangunan utama Telekom Malaysia sekarang.

Pada mulanya, pintu masuk ke pejabat pos ini menghadap ke Jalan Besar. Tetapi setelah kejadian banjir besar pada tahun 1971, pintu masuk utamanya telah diubah ke tempat di mana ia berada sekarang.

Perkhidmatan Pos mula diswastakan pada 1 Januari 1992 dan dikenali sebagai Pos Malaysia hinggalah sekarang. Bangunan ini telah menjalani pelbagai pengubahsuaian hinggalah dinaiktaraf yang terbaru pada tahun 2002. Hasil usaha Pengurus Cawangan dan kakitangannya dalam memperindahkan kawasan dan memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat, pada tahun 2004, Pos Malaysia cawangan Lipis telah diiktiraf sebagai Pejabat Pos terbaik di Malaysia.

Salah satu keunikan tempat bersejarah yang terdapat di Kuala Lipis ialah batu bertanda kosong berdekatan Pejabat Pos. Batu bertanda kosong ini menandakan permulaan sukatan jarak bagi Negeri Pahang dimana perkiraan kosong bermula dari Kuala Lipis.

Portal Rasmi Kerajaan Malaysia   Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia   Koridor Raya Multimedia   Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan   Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Pahang   1 Malaysia   MyID   Program Transformasi Kerajaan   Talent Corporation Malaysia Berhad   KSN
border
Hakcipta Terpelihara 2012 © Majlis Daerah Lipis.
Majlis Daerah Lipis, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur. TEL: 09-3121253 Fax: 09-3123523
Suapan RSS
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 X 768
 
border