MENU

Bismillahhirramanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...

 

Alhamdulillah, segala puji dan kesyukuran saya ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izin dan inayahNya saya diberi peluang mengucapkan sepatah dua kata.

Saya bersyukur kerana MDL dapat mewujudkan laman web sendiri bagi memudahkan penyampaian sesuatau maklumat yang lebih tepat dan cepat. Disamping itu laman web ini juga dapat mempromosikan Bandar Lipis sebagai bandar warisan sejarah, serta Daerah Lipis secara amnya.

Sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang diberi mandat untuk merancang dan mentadbir perbandaran dan kemudahan-kemudahan perbandaran Daerah Lipis, maka MDL sentiasa berusaha memberi perkhidmatan yang terbaik untuk orang ramai bukan sahaja dari segi infrastruktur dan kemudahan malah melalui aktiviti kemasyarakatan serta kebudayaan. Saya turut ingin mengambil kesempatan ini menyeru kepada warga Lipis untuk bersama-sama memelihara kehijauan dan kebersihan Daerah Lipis seiringi dengan slogan ‘Bersih' yang diamalkan oleh MDL. Dalam masa yang sama saya memohon kerjasama semua warga Lipis bersama-sama mengambil bahagian untuk menjadikan Lipis lebih maju dalam semua aspek.

ORGANISASI YANG BERSIH , BANDAR DAN PERSEKITARAN YANG BERSIH, MASYARAKAT YANG BERSIH.  

 

Akhir kata, Selamat maju jaya.

Sekian Terima Kasih.

Wabillahi Taufik Wahidayah Wassalamualaikum Warahmatullah.

 

 DATO' A.RAHMAN BIN HAMZAH DIMP., AAP., AMP., PKC

Yang Dipertua

Majlis Daerah Lipis