MENU
  • Mengawal serta memastikan semua aktiviti perniagaan dilesenkan.

  • Merancang dan mengawal pembangunan bagi mewujudkan pembangunan yang tersusun dan terancang serta selaras dengan perkembangan dan keperluan semasa.

  • Mengawalselia kerja-kerja pelupusan sisa pepejal dan pembersihan bandar yang dijalankan oleh Alam Flora Sendirian Berhad (AFSB) bagi memastikan perkhidmatan pengangkutan sampah dijalankan dengan sempurna dan mengikut jadual serta tahap kebersihan bandar memuaskan.

  • Menyelenggara sistem saliran / perparitan supaya berada dalam keadaan sempurna agar tidak berlaku banjir kilat atau masalah-masalah lain yang berkaitan dengannya.

  • Mempertingkatkan kemudahan-kemudahan asas dan infrastruktur perkampungan dan perumahan dalam kawasan Majlis.

  • Membina gerai / kedai bagi menggalakkan kegiatan ekonomi serta memenuhi permintaan meniaga kepada peniaga-peniaga kecil.

  • Menyediakan kemudahan-kemudahan awam seperti pasar, dewan, taman permainan, perhentian bas dan sebagainya untuk keperluan penduduk setempat.

  • Menyediakan landskap-landskap yang menarik / tanaman bunga-bungaan dan pokok peneduh bagi mewujudkan pemandangan yang cantik , selesa dan menarik.

  • Menyediakan kemudahan-kemudahan riadah / rekreasi kepada penduduk-penduduk tempatan dan pelancong

  • Mengawal sistem letak kereta di bandar Kuala Lipis