MENU
  1. Bolehkan pindah milik dibuat untuk permit tetap pekan sehari dan pasar malam?

    Pindah milik permit tetap pekan sehari dan pasar malam tidak dibenarkan. Perniaga baru mesti melalui prosedur biasa.

    • Memiliki permit sementara 3 bulan berturut-turut.
    • Berniaga di tapak yang sama selama 3 bulan berturut.
      3.Mendapat surat sokongan pembantu penguatkuasa

    Hubungi:
    En.Wan Hashim Bin Wan Mat Zin
    Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
    Tel : 09-3121433 hp: 0199476776
    Email:mdlipis@pahang.gov.my

  2. Perlukah pemilik lesen menunggu surat ataupun notis daripada MDL untuk memperbaharui lesen?

    Setiap tahun pemilik lesen tidak perlu menungu surat daripada MDL untuk memperbaharui lesen kerana semua lesen akan tamat tempoh pada 31 Disember. Semua pemilik lesen perniagaan mdl perlu membuat perbaharui lesen sebelum atau pada 28/2/2013 untuk mengelakkan daripada denda & kompaun.

    Hubungi:
    En.Wan Hashim Bin Wan Mat Zin
    Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
    Tel : 09-3121433 Hp: 0199476776
    Email:mdlipis@pahang.gov.my

  3. Apakah dokumen yang diperlukan untuk proses pindah milik secara jual beli?

    Dokumen yang diperlukan bagi proses pindah milik adalah 1 salinan kad pengenalan, 1 salinan perjanjian jual beli rumah, 1 salinan hak milik tanah/geran, 1 salinan resit cukai taksiran terbaru yang telah di jelaskan.Borang I yang lengkap.

    Hubungi:
    Kamaruliza bin Mohd Kamal
    Penolong Pegawai Penilaian
    Tel : 09-3121433 hp: 0199310556
    Email:mdlipis@pahang.gov.my

  4. Apakah itu Borang I?

    Borang I adalah notis jualan atau pindah milik mengikut seksyen 160 yang boleh diperolehi di jabatan penilaian

    Hubungi:
    En.Kamaruliza bin Mohd Kamal
    Penolong Pegawai Penilaian
    Tel : 09-3121433 hp: 0199310556
    Email:mdlipis@pahang.gov.my

  5. Apakah prosedur lain selain Pindah milik secara jual beli.jika ada apakah dokumen yang diperlukan?

    selain Pindah milik secara jual beli permohonan untuk pindahmilik secara warisan turut di laksanakan.Dokumen yang diperlukan adalah Borang J yang lengkap, 1 salinan kad pengenalan pemilik, 1 salinan hak milik tanah /geran, 1 salinan surat persetujuan dari pihak yang berkepentingan atas tanah, 1 salinan surat pusaka dan 1 salina resit cukai taksiran terbaru yang telah dijelaskan.

    Hubungi:
    En.Kamaruliza bin Mohd Kamal
    Penolong Pegawai Penilaian
    Tel : 09-3121433 hp: 0199310556
    Email:mdlipis@pahang.gov.my

  6. Apakah itu Borang J?

    Borang J adalah Permohonan pindah milik secara warisan mengikut seksyen 160(akta 171)

    Hubungi:
    En.Kamaruliza bin Mohd Kamal
    Penolong Pegawai Penilaian
    Tel : 09-3121433 hp: 0199310556
    Email:mdlipis@pahang.gov.my

  7. Bolehkah alamat surat menyurat di tukar.Bagaimanakah caranya?

    Boleh dengan menelefon ke Jabatan Penilaian dan Pengurusan harta Majlis daerah Lipis ditalian 09-3122971.

    Hubungi:
    En.Kamaruliza bin Mohd Kamal
    Penolong Pegawai Penilaian
    Tel : 09-3121433 hp: 0199310556
    Email:mdlipis@pahang.gov.my

  8. Bagaimana untuk elakkan kena denda atau tindakan mahkamah ?

    Bayar segera sebelum 28hb. Februari – 31hb. Ogos pada tiap-tiap tahun.

    Hubungi:
    En.Kamaruliza bin Mohd Kamal
    Penolong Pegawai Penilaian
    el : 09-3121433 hp: 0199310556
    Email:mdlipis@pahang.gov.my

  9. Bagaimana aduan boleh dibuat selain melalui telefon?

    Aduan boleh dibuat melalui mysms 15888 taip mdlipis aduan(aduan anda) & sms ke 15888/ aduan melaui email hantar ke mdlipis @pahang.gov.my/ layari laman web www.mdlipis.gov.my klik maklumbalas dan boleh juga datang ke pejabat majlis daerah lipis untuk mengisi borang aduan

    Hubungi:
    Pn.Zuriadah Bt Abdul Razak
    Penolong setiausaha
    Tel : 09-3121433 hp: 0199310556
    Email:mdlipis@pahang.gov.my

  10. Berapa lamakah aduan boleh diselesaikan?

    Setiap aduan akan disiasat dan diambil tindakan dalam tempoh tidak melebihi 14 hari jika:-

    Nama dan alamat pengadu dicatat dengan jelas

    · Jenis aduan jelas

    · Tempat di mana berlaku masalah dinyatakan dengan jelas.

    Aduan diterima :3 hari bekerja

    Aduan di siasat : 7 hari bekerja

    Aduan diberi Maklumbalas :4 hari bekerja

    Hubungi:
    Pn.Zuriadah Bt Abdul Razak
    Penolong setiausaha
    Tel : 09-3121433 hp: 0199310556
    Email:mdlipis@pahang.gov.my

Kemaskini Terakhir: Ahad, 15 September 2019 - 12:17am