MENU

JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN

Kami Komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda

PENGADUAN AWAM

Setiap aduan akan disiasat dan diambil tindakan dalam tempoh tidak melebihi 14 hari jika:-

  • Nama dan alamat pengadu dicatat dengan jelas
  • Jenis aduan jelas
  • Tempat di mana berlaku masalah dinyatakan dengan jelas.

Aduan diterima : 3 hari bekerja

Aduan di siasat : 7 hari bekerja

Aduan diberi
Maklumbalas : 4 hari bekerja

TEKNOLOGI MAKLUMAT

  • Mengemaskini maklumat dalam laman web MDL sekurang-kurangnya 1 kali seminggu
  • Paparan maklumat terkini dikeluarkan selama 1 minggu dari tarikh dipaparkan
  • Memberi maklum balas e-mail kepada pelanggan dalam tempoh 3 hari bekerja.

PENGUATKUASAAN

  • Semua aduan akan disiasat dan diambil tindakan dalam tempoh 3 hari bekerja
  • Tindakan undang-undang yang dijalankan akan dipastikan adil,tegas dan berkesan

SEWAAN PERALATAN

  • Permohonan akan dijawab dalam masa tidak melebihi 7 hari bekerja pada tarikh surat diterima
  • Peralatan akan dibekalkan selewat-lewatnya 1 hari sebelum tarikh penggunaan dengan syarat
    bayaran telah dijelaskan.

SEWAAN PREMIS

  • Memastikan semua kekosongan gerai diiklankan dalam tempoh 1 bulan
  • Tawaran sewaan dikeluarkan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh temuduga
  • Surat makmumat keputusan temuduga kepada calon yang tidak berjaya dikeluarkan dalam tempoh
    1 bulan selepas tarikh temuduga

PELANCONGAN

  • Membawa pelancong melawat ke-14 buah bangunan bersejarah dalam tempoh 4 jam

TAMAN HAIWAN

  • Mengeluarkan tiket bayaran masuk kepada orang awam dalam tempoh 1 minit.
  • Memastikan haiwan diberi pemakanan secukupnya dan pemantauan kesihatan dibuat setiap hari

JABATAN PENILAIAN

Kami Komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda :-

CUKAI TAKSIRAN

  • Penilaian cukai taksiran dibuat dalam tempoh 5 bulan dengan adil dan munasabah
  • Menyampaikan bil cukai taksiran kepada pemilik harta selewat-lewatnya 21 Januarii (1/2 tahun pertama) dan 21 Julai (1/2 tahun kedua)
  • Mengemukakan maklumbalas permohonan dalam tempoh 14 hari
  • Mengendalikan proses bantahan dalam tempoh 3 bulan
  • Memproses urusan pindah milik harta selama 1 hari dengan syarat dokumen lengkap dan tiada
    tunggakan cukai