MENU

PEMBATALAN LESEN

  • Permohonan Pembatalan Lesen akan diluluskan dalam tempoh 7 hari bekerja.

JABATAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DAN LANDSKAP

Kami Komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda :-

PENYELENGGARAAN TAMAN AWAM

  • Pemeriksaan taman

KAWALAN PEMBANGUNAN

  • Ulasan permohonan Tanah, tukar syarat tanah, pecah bahagian, pecah Sempadan dan cantuman tanah akan diberikan dalam tempoh 2 minggu (14 hari).

KAWALAN PEMBANGUNAN

  • Mengadakan program LA21 sekurang-kurangnya 3 kali setahun

JAWATANKUASA PENDUDUK

  • Mengadakan perjumpaan bersama jawatankuasa penduduk sekurang-kurangnya 2 kali setahun

JABATAN KEJURUTERAAN

Kami Komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda :-

PERMOHONAN KELULUSAN SAMBUNGAN/UBAH SUAI TERBUKA

Permohonan kelulusan sambungan dan ubah suai terbuka dan pengubahsuaian kecil akan diluluskan dalam tempoh tidak melebihi 7 hari berkerja dari tarikh surat permohonan diterima dengan syarat:-

  1. Dokumen dan pelan lakar dikemukakan lengkap.
  2. Bayaran telah dijelaskan.
  3. Segala kehendak seksyen 14(1) dan (2) Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 di penuhi.

PERMOHONAN KELULUSAN SAMBUNGAN/UBAH SUAI TERTUTUP

Permohonan kelulusan sambungan dan ubah suai tertutup akan diluluskan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari dari tarikh surat pemohonan diterima dengan syarat:-

  1. Dokumen dan pelan dikemukakan oleh Pelukis Pelan Berdaftar.
  2. Bayaran telah dijelaskan.

PERMOHONAN KELULUSAN PELAN SETARA

  • Permohonan Kelulusan Pelan Setara akan diluluskan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh surat permohonan diterima dengan syarat bayaran telah dijelaskan.

PERMOHONAN BAGI MEMBAIK PULIH KEROSAKAN HARTA MAJLIS DAERAH LIPIS

  • Aduan kerosakkan harta milik Majlis Daerah Lipis akan disiasat dalam tempoh 3 hari bekerja dan tindakan selanjutnya akan diambil mengikut keadaan dan keperluan semasa dalam tempoh tidak melebihi 3 bulan.
  • Maklum balas aduan kepada pelanggan akan diberikan dalam tempoh 3 hari bekerja.