MENU

Taman Tasik Burung Mandi

Kawasan yang dikelilingi dengan hutan hujan tropika, bukit bukau dan kawasan berpaya membuatkan sesiapa sahaja yang menggemari aktiviti sukan motor lasak pasti berpuas hati dan merasai keseronokan yang tidak terhingga apabila berkunjung kesini. Itulah litar Taman Tasik Burung Mandi. Litar yang panjangnya 6 kilometer ini mempunyai pelbagai bentuk jenis laluan untuk aktiviti motor lasak seperti menuruni bukit, pendakian bukit, merentasi sungai kecil dan terdapat juga laluan berlumpur yang semestinya mencabar.

Terletak di Kampung Kemahang Hilir, Benta, Kuala Lipis, Pahang. Jaraknya 35 kilometer dari Bandar Lipis dan 140 kilometer dari Kuala Lumpur boleh terus dikunjungi dengan menggunakan semua kenderaan darat kecuali keretapi. Ini kerana tiada stesen keretapi disini.

Di Taman Tasik Burung Mandi ini telah disediakan dengan kemudahan asas bagi pengunjung yang berkunjung antaranya ialah seperti tandas, surau dan pondok yang membolehkan pengunjung untuk berehat sambil menikmati suasana hutan yang menghijau. Selain itu juga, terdapat sebuah cafe yang membolehkan pengunjung menikmati masakan ala kampung dan juga barat.

Acara yang seringkali mendapat perhatian disini adalah TA45 Enduro Challange yang berjaya menarik sehingga 300 penyertaan pada satu satu masa. Penyertaan bukan sahaja terdiri dari pelumba dalam negara malah terdapat juga penyertaan pelumba profesional dari negara luar seperti Thailand, Singapura, New Zealand, Jerman dan beberapa negara lagi. Dinamakan TA45 bersempena dengan nama penaung KSBBM, YM Tengku Amir Nasser Ibrahim Tengku Abdullah yang mengenakan nombor 45 pada motornya.

Terdapat kisah dogeng di sebalik Tasik Burung Mandi ini.Dipercayai Kawasan Ini Menjadi Habitat Beratus Spesies Burung Liar.

tasikburungmandi