MENU

Majlis Pelancaran Projek Rumah Makmur Tanjung Gahai oleh YAB Menteri Besar Pahang Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail berhampiran Perumahan Agropolitan Tg. Gahai.

Projek perumahan ini dijangka siap pada tahun 2021. Akan dijual dengan harga RM 80,000.00 dan Unit yang dibina adalah terhad iaitu sebanyak 90 unit sahaja.

Buat yang berminat, bolehlah membuat permohonan melalui laman web e-perumahan Pejabat SUK Pahang iaitu https://eperumahan.pahang.gov.my/frame/spapfp.php

Boleh juga menyemak syarat-syarat dan kelayakan dalam laman web tersebut.

Pada majlis yang sama, YAB Menteri Besar Pahang juga menyampaikan Suratan Hakmilik Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Kuala Medang, Notis 5A RTK Persatuan Belia Tunas Harapan Kg Tg Gahai, dan perjumpaan bersama Masyarakat Orang Asli.

Turut hadir bersama YB Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, YB Ahli Parlimen Lipis, YB Ahli Parlimen Cameron Highlands, YH Pegawai Daerah Lipis, YB ADUN Padang Tengku, Ahli-Ahli Majlis Daerah Lipis, Ketua Jabatan Daerah termasuk Tuan Setiausaha Majlis.

 

Kemaskini Terakhir: Ahad, 15 September 2019 - 12:17am