MENU

ANUGERAH KECEMERLANGAN MENTERI KPKT 2023

11 November 2023 buat julung kalinya Anugerah berprestij yang diadakan oleh KPKT bagi menghargai sumbangan, kecemerlangan dan kejayaan warga KPKT dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam mengharumkan nama KPKT. Majlis ini berlangsung di Hotel The St. Regis, Kuala Lumpur. YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri KPKT telah menyempurnakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Menteri KPKT 2023 (AKM 2023) bertemakan “Kemuncak Kecemerlangan”. 4 Kategori Berpasukan AKM 2023 dipertandingkan merangkumi anugerah;

  1. Anugerah Organisasi Paling Responsif
  2. Anugerah Organisasi Sejahtera
  3. Anugerah Hijau KPKT
  4. Anugerah PBT Cemerlang

 

Majlis Daerah Lipis telah menerima Anugerah PBT Cemerlang(Daerah) Hadir bagi menerima Anugerah itu ialah Yang Dipertua Majlis Daerah Lipis Dato' Mohd Hafizi Bin Ibrahim.

 

PHG1

PHG2