MENU

MAJLIS SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA(HPBS) 2023 PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 9 November 2023 di Dewan Seri Siantan Kompleks Perbadanan Putrajaya belangsung Majlis Sambutan Hari Perancang Bandar Sedunia (HPBS) 2023 Peringkat Kebangsaan. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Wira M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha , Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan . Majlis Daerah Lipis (MDL) dipilih menerima Anugerah Bandar Mampan 2023 bersama 12 PBT lain di seluruh malaysia yang melibatkan 153 PBT seluruh malaysia yang menyertai MURNInet. Tahniah kepada warga kerja MDL serta warga penduduk Daerah Lipis dalam menyokong dan membantu dalam menjadikan Daerah Lipis sebagai sebuah Bandar Mampan. Semoga status Bandar Mampan ini akan terus kekal untuk masa akan datang. Hadir bagi menerima pengiktirafan itu ialah Yang Dipertua MDL Dato' Mohd Hafizi Bin Ibrahim dan Setiausaha MDL serta pegawai-pegawai MDL. Majis Daerah Lipis juga telah menerima Penghargaan Penyertaan 2023 Anugerah Penarafan Bandar Pintar Malaysia( Early Adopter ).

 

mampan