MENU

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM RANCANGAN TEMPATAN DAERAH (RTD) LIPIS 2020(PENGUBAHAN)

Program ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan terhadap cadangan pembangunan di kawasan Majlis Daerah Lipis yang terkandung di dalam dokumen draf RT tersebut.

Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap kandungan dokumen draf RT tersebut di lokasi semakan Majlis Daerah Lipis Kompleks pejabat kerajaan atau secara dalam talian dan mengemukakan maklum balas, idea, pendapat, cadangan atau bantahan kepada urus setia sepertimana yang dinyatakan di dalam borang maklum balas awam bagi menambahbaik dokumen sebelum atau pada 20 November 2023 (Isnin).

Lokasi Semakan :
Majlis Daerah Lipis
Kompleks Pejabat kerajaan
27200 Kuala Lipis Pahang

Tarikh dan Masa
23 oktober 2023(Isnin) hingga 20 November 2023(Isnin)
8.30 pagi -4.30petang(Waktu Bekerja)

Bahan Publisiti dan Borang Maklum Balas boleh didapati melalui pautan berikut :

Bahan Publisiti
https://drive.google.com/drive/folders/1UBvI883d8Q-CnvbZMdLSlNIOcZZBIhG-?usp=sharing

Borang Bantahan / Maklumbalas
https://www.mdlipis.gov.my/sites/default/files/borang_bantahan_rtd_lipis_2020_pengubahan.pdf