PAMERAN PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM BAGI DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH LIPIS, PAHANG 2035 (PENGGANTIAN)
Draf Rancangan Tempatan (RT) Majlis Daerah Lipis, Pahang 2035 (Penggantian) merupakan dokumen perancangan dan pembangunan bagi kawasan Majlis Daerah Lipis. Ianya disediakan di bawah peruntukan Seksyen 16, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) bagi menggantikan RT Daerah Lipis 2020. Program Publisiti dan Penyertaan Awam akan diadakan selama 1 bulan (1 OKTOBER sehingga 31 OKTOBER 2025) yang bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan terhadap cadangan-cadangan pembangunan di kawasan Majlis Daerah Lipis yang terkandung di dalam dokumen RT.
Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap dokumen Draf RT tersebut di lokasi-lokasi pameran yang akan diadakan sebagaimana berikut:
PAMERAN TETAP
- Pejabat Majlis Daerah Lipis
- Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang, Tingkat 4, Kompleks Tun Razak, Bandar Indera Mahkota MASA SEMAKAN : Isnin – Jumaat (9.00 pagi – 4.00 petang)
PAMERAN BERGERAK
- Pekan Sehari Sungai Koyan - 2/10/2025 (Khamis)
- Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Sungai Koyan - 3/10/2025 (Jumaat)
- Car Free Day, Bandar Kuala Lipis - 4/10/2025 (Sabtu)
- Pekan Sehari Kuala Lipis - 11/10/2025 (Sabtu)
- Car Free Day (Fun Ride & Bike Camp 2025) - 11/10/2025 (Sabtu)
- Pekan Sehari Benta - 12/10/2025 (Ahad)
- Pasar Pagi Merapoh - 13/10/2025 (Isnin)
- Pekan Sehari Mela - 25/10/2025 (Sabtu)
- Pekan Sehari Padang Tengku - 26/10/2025 (Ahad)
Selain daripada pameran tetap dan bergerak, semakan secara atas talian turut boleh dilakukan dengan memuat turun melalui pautan berikut :
1. https://www.planmalaysia.gov.my/index.php/pages/view/1479?cats=7
2. https://www.mdlipis.gov.my/
3. https://planmalaysia.pahang.gov.my/
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai berikut :
Pn. Norasniza binti Hamzah (Pengurus Projek) di talian 09-6267388 / 019-9121179 atau;
En. Ahmad Shah Rizal bin Mohamed (Bahagian Perancangan Pembangunan dan Landskap) di talian 09-3121253 / 013-9181007 atau;
En. Muhammad Ryza bin Mohd Raffay (Pegawai Perancang Bandar PM@Pahang) di talian 09-5721181 / 017-5508090