MENU

KUALA LIPIS, 11 Julai 2026 – Majlis Daerah Lipis (MDL) telah berjaya menganjurkan Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB) – Santai Komuniti Kuala Lipis Siri 2/2026 bertempat di Dataran Batu 0. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga tempatan dan penduduk sekitar.

Sebagai platform memperkukuh silaturahim dan semangat perpaduan, program ini berjaya menghimpunkan masyarakat pelbagai lapisan usia melalui pelbagai aktiviti menarik, antaranya:

  • ZBK Night Walk

  • Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak

  • Netball Shooter & Penalti Mini Street Goal

  • Pertandingan Pakaian Bertema World Cup 2026

Kelancaran dan pengisian bermanfaat program ini turut dijayakan bersama rakan strategik termasuk:

  1. Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis

  2. Pejabat Kesihatan Daerah Lipis

  3. Perpustakaan Awam Daerah Lipis

Pihak Majlis Daerah Lipis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua agensi, peserta, pengunjung, urus setia yang telah memberikan komitmen  demi menjayakan agenda gaya hidup sihat dan kebersamaan komuniti ini.

night2

night3

 

night4