MENU

TAMAN RIMBA KENONG

 

Taman Rimba Kenong merupakan hutan hujan tropika yang masih belum diteroka seluas 128 kilometer persegi dalam Daerah Lipis, Pahang Darul Makmur. Ia terletak di Lembah Kenong dan berkongsi sempadan dengan Taman Negara di bahagian utara dan timur. Taman ini juga merupakan salah satu tempat menarik di Kuala Lipis.

Walaupun taman ini dibuka kepada orang awam, kebanyakan kawasan taman ini masih lagi belum diterokai sepenuhnya. Di sini anda dapat melihat pelbagai flora dan fauna, dari cendawan hinggalah pokok yang berpuluh meter tingginya dan dari katak bersaiz 1 sm hinggalah ke gajah.

Keindahan alam yang belum tercemar, mempunyai landskap semulajadi yang masih belum diterokai serta terkenal dengan keindahan dan keunikan gua batu kapur menjadikannya salah satu destinasi tumpuan pelancong. Antara gua batu kapur yang terdapat di sini adalah Gua Batu Tinggi, Gua Batu Tangkup, Gua Batu Telahup, Gua Kesong, Gua Buta, Gua Harimau, dan Gua Hijau.

Disamping itu anda dapat menghayati suasana hutan dengan mendengar bunyi cengkerik dan burung enggang. Pasti anda dapat tenangkan fikiran apabila tiba disini kerana lari daripada kesibukan kota dan ditemani dengan flora dan fauna yang cukup indah.

Sumber :ttps://www.tempatmenarik.my/taman-rimba-kenong-tempat-menarik-di-kuala-lipis-pahang/