KUALA LIPIS, 7 April 2026 – Tahniah warga Lipis! Bandar kita sekali lagi terpilih sebagai antara 10 Bandar Paling Bahagia 2026 di peringkat kebangsaan. Sempena kejayaan ini, YH Dato’ Mohd Hafizi Bin Ibrahim, YDP Majlis Daerah Lipis, telah diberi penghormatan untuk menyampaikan perkongsian khas bertajuk ‘Rahsia Bandar Bahagia’ sempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Pencapaian ini adalah hasil sumbangan dan nilai positif seluruh warga Lipis. Syabas dan tahniah diucapkan





