JERANTUT, 1 November 2025 – Majlis Daerah Lipis (MDL) membuktikan semangat waja dan kehebatan mereka dengan merangkul gelaran Juara Keseluruhan dalam Program Sungai Tembeling Rakit Challenge 2025 bagi kategori Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Malaysia.
Pasukan MDL berjaya menamatkan laluan penuh cabaran di Sungai Tembeling dengan rekod masa terpantas 3 jam 18 minit 18 saat, meninggalkan pesaing terdekat Majlis Daerah Jerantut (3 jam 19 minit 35 saat) di tempat kedua, tempat ketiga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) dan tempat ke empat Majlis Bandaraya Kuantan. Kemenangan ini adalah buah hasil daripada perancangan, kecekalan, dan kerjasama sepasukan yang utuh. Ia adalah pembuktian bahawa semangat kerja berpasukan yang ditanam di MDL mampu mendominasi di mana sahaja kita bertanding! Tahniah dan Syabas kepada semua yang terlibat, anda telah membanggakan Lipis!



