Pelan yang dikemukakan sebanyak 4 set pelan cadangan landskap ( 3 amonia dan 1 linen ).
Pelan Tapak dan Pelan Lokasi ditunjukkan.
Pelan penanaman ditunjukkan dalam skala yang jelas dan bersesuaian.
Mengemukakan Laporan Cadangan Pembangunan Landskap yang mengandungi:
Konsep Cadangan Landskap
Ilustrasi
Perspektif
Keratan Rentas
Topografi Sediada Tapak
Pokok atau tanaman sediada
Keadaan Sediada Tapak (Foto)
Elemen-elemen terperinci pembangunan:
Wakaf
Laluan Pejalan Kaki
Tanaman (Pokok Hiasan)
Tanaman (Pokok Teduhan)
Method penanaman :
Instant
'Detail Construction'
Kaedah penyelenggaraan selepas pembinaan siap sepenuhnya
Tempat letak kereta ada disediakan 'island' 1.5m lebar.
Nama Saintifik, nama biasa, jarak tanaman, garis pusat, ketinggian bunga pokok, symbol dan jumlah tanaman.
Skala yang digunakan bersesuaian ditunjukkan (1.5m dari paip JBA dan paip Bomba).
Semua kawasan terbuka ditanam dengan rumput.(Spot turfing / Close turfing).
Jarak pokok renek / pagaran dari persimpangan jalan tidak kurang dari 40 m.
Memasukkan pokok Bunga Tanjung (mimusops elengi), Bunga Raya (Hibiscus sp) dan Bunga Kertas (Bougainvillea sp).
Padang permainan dan kelengkapan taman dikemukakan berasingan.
Pelan terperinci bagi alat-alat permainan dan kemudahan taman ( bangku, wakaf, lampu, 'trellis' pergola, tong sampah, laluan pejalan kaki dan sebagainya) disertakan.
Penafian: Majlis Daerah Lipis tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.