MENU

Perigi Mat Kilau

Perigi Mat Kilau terletak di Kampung Budu Benta Kuala Lipis,Pahang.Perigi Mat Kilau ini merupakan salah satu tempat bersejarah di Kuala Lipis.Merujuk cerita penduduk kampung perigi ini adalah tapak peperangan di antara Mat Kilau dengan askar Sikh.

Perigi ini diberi nama Perigi Mat Kilau kerana perigi dibuat oleh Mat Kilau dan menurut sejarah Mat Kilau banyak bersinggah dan pada setiap persinggahan beliau akan membuat perigi untuk bekalan beliau meneruskan hidup.Selain itu,air perigi ini tidak pernah kering walaupun musim kemarau.Air Perigi Mat Kilau ini amat jernih.Pengunjung dapat melihat dasar permukaan perigi tersebut.

Lokasi perigi ini amat sesuai kerana perigi ini terletak berhampiran jalan kampung sahaja malah pengunjung juga dapat menikmati permandangan bukit bukau yang amat cantik.

        matkilau1       matkilau2

        

Bukit Taching

Terletak kira-kira 30 minit dari bandar Kuala Lipis.Bukit Taching ini terletak di Kampung Kemahang Benta,Pahang.Kawasan yang dikelilingi dengan hutan hujan tropika bukit bukau dan air terjun.Ini membuatkan sesiapa sahaja yang menggemari aktiviti mendaki,pencinta alam dan aktiviti lasak pasti berpuas hati dan merasai keseronokan yang tidak terhingga apabila berkunjung kesini.

Pelbagai aktivit yang menarik boleh dilakukan seisi keluarga atau bersama rakan-rakan.Antara aktivti yang boleh dilakukan apabila berkunjung ke Bukit Taching adalah aktiviti BBQ dan aktiviti mandi-manda.Kedalaman air terjun tidak dalam dan sesuai untuk ibu bapa membawa anak -anak mereka bermandi manda.

Meskipun lokasi Bukit Taching ini terletak di dalam pendalaman kampung tetapi pengunjung dapat menaiki kenderaan untuk pergi ke kawasan air terjun tersebut.

b.taching1b.taching2b.taching2