MENU

Tasik Selimbang

Bagi yang menggemari aktiviti memancing Tasik Selimbang adalah tempat yang perlu dikunjungi oleh peminat memancing.Tasik Selimbang ini terletak di Kampung Gua.

Aktiviti yang sering dilakukan di Tasik Selimbang ialah aktiviti perkhemahan,memancing dan ternakan ikan sangkar.Berdasarkan aktiviti tersebut ia amat bersesuian untuk golongan keluarga dan pelajar.Dari segi pantang-larang  tiada pantang-larang  khusus kecuali perlu menjaga percakapan dan perbuatan​.

Pengunjung yang hadir tidak perlu risau kerana pelbagai kemudahan yang telah disediakan oleh pihak pengurusan seperti surau dan dewan kuliah serta berdekatan dengan Gua Sai​.Oleh itu pengunjung dapat menikmati percutian dengan selesa dan gembira.Terdapat cerita dogeng mengenai Tasik Selimbang ini dimana Tasik Selimbang ini dipercayai berasal daripada paya yang dipenuhi ikan selimbat.

tasikselimbangtasikselimbang2tasik selimbang3

 

Bukit Peninjau

Bukit Peninjau ini terletak di Kampung Belukar Mukim Gua.Aktiviti yang biasa dilakukan oleh pengunjung di Bukit Peninjau adalah aktiviti mendaki.Permandangan di puncak Bukit Peninjau amat cantik terutamanya sewaktu matahari terbit.Puncak bukit peninjau berada ( 273m dari aras laut) yg menghubungkan mukim gua dengan mukim relong.

Berdasarkan kisah benar sebelum merdeka, bukit peninjau merupakan laluan yg menjadi jalan keluar untuk penduduk kampung relong ke mukim gua atau padang tengku.

b.peninjaub.peninjau2b.peninjau3

 

Gua Temalong

Gua Temalong ini terletak di Kampung Chegar Perah.Aktiviti yang boleh dilakukan di Gua Temalong adalah mendaki.Sesuai untuk pengunjung dari golongan keluarga dan pendaki.Pengunjung yang hadir dapat melihat pokok ara sekeliling gua dan sarang kelawar.Mengikut cerita dogeng Gua Temalong ini merupakan tempat berlindung orang Jepun zaman Penjajah.

g.temalongg.temalong2g.temalong3

Gua Betik

Lokasi Gua Betik ini terletak di Kampung Chegar Perah.Pelbagai tarikan semulajadi yang terdapat di gua tersebut.Antaranya ialah tangga batu semula jadi,saluran air dalam gua,batu berbentuk pocong,stalagtite berbentuk cicak.

Bagi yang meminati aktiviti lasak seperti mendaki boleh datang ke Gua Betik.Gua Betik menyediakan aktiviti mendaki untuk pengunjung yang hadir.

guabetikguabetik2guabetik4