MENU

Gua Sai

Di Kampung Gua terdapat sebuah gua yang diberi nama Gua Sai.Antara keistimewaan Gua Sai ini adalah terdapat kalimat Allah pada dinding gua.Aktiviti yang boleh dilakukan di Gua Sai ini sudah semestinya aktiviti mendaki.Aktiviti mendaki adalah aktiviti yang sering dilaksanakan di Gua Sai tetapi aktiviti ini tidak digalakkan untuk kanak-kanak dan orang berumur.

Terdapat kisah dogeng mengenai Gua Sai ini.Kononnya terdapat 7 tempayan emas di dalam gua tersebut dan nanti akan ada pewaris bagi kesemua tempayan(harta) tersebut.jika pinggan dan mangkuk orang kampung tidak mencukupi semasa kenduri ,orang kampung boleh meminjam pinggan dan mangkuk daripada bunian yang tinggal di dalam gua tersebut.

guasai

Gua-gua Marapoh

Secara umumnya, terdapat 36 tapak yang berpotensi diketengahkan sebagai geotapak di negeri Pahang. Kesemua tapak sumber warisan geologi ini kebanyakkannya berada berdekatan Lembangan Sungai Pahang. pada masa itu. Hasil daripada kerja lapangan, kawasan Merapoh yang banyak terdapat bukit-bukit batu kapur telah menerbitkan sekurang-kurangnya 19 buah gua yang telah dikenalpasti dan diberikan penamaan secara Setempat.

Ia merupakan kumpulan batuan terdiri daripada batu kapur terhablur, berselang lapis dengan lapisan nipis syal, tuf, batu pasir dan batuan volkanik. Kesemua batuan ini terenap di dalam lembangan pengenapan yang sama dan mempunyai usia yang sama, iaitu dikatakan berusia Permian Tengah hingga Trias Akhir (250 hingga 200 juta tahun).

Antara gua-gua yang menarik untuk diterokai ialah Gua Tahi Bintang, Gua Seribu Cerita, Gua Air Mata Dayang, Gua Jinjang Pelamin dan Gua Hari Malaysia, Gua Kalong@Sisik Naga, Gua Katak, Gua Goyang, Gua Cina Gunting, Gua Lima, Gua Pasir BesarSg. Yu@11 Puteri, Gua Dalam Taman@Hidden Garden, Gua Tagang, Gua Tanah Eempang Laloh, Gua Kambing, Gua Bekong, Gua Layang, Gua Jalan @Becah Kelubi, Gua Bukit Hijau, Gua Gajah Sendeng, Gua Batu Bulat, Gua Batu Bulat dan Gua Teluk Gunung.

guamerapohguamerapoh2guamerapoh3guamerapoh4guamerapoh5guamerapoh6